Anugerah Skrin 2016

Anugerah Skrin 2016
Tarikh18 November 2016
TempatPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, Malaysia
PengacaraAlif Satar
Penyampai pra-acara
PenerbitShahrizan Razalli
PengarahShahrizan Razalli
PenganjurTV3
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikRedha
Siri Komedi TerbaikMak Cun 2
Siri Drama TerbaikWadi
Film Televisi TerbaikFatin
Penghargaan terbanyak[[]] ()
Pencalonan terbanyak[[]] ()
Liputan televisyen
SaluranTV3

Anugerah Skrin 2016 dianjurkan oleh TV3 untuk mengiktiraf karya terbaik penggiat seni dalam penerbitan rancangan televisyen, drama, dan filem buatan Malaysia. Majlis ini diadakan pada 18 November 2016, bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan ditaja oleh Nescafe, Domino's Pizza, dan CJ Wow Shop. Majlis anugerah ini menampilkan Alif Satar sebagai pengacara utama yang dibantu oleh hos bersama iaitu Sarimah Ibrahim, Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail, dan Puteri Aishah. Acara karpet merah pula dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Hefny Sahad.