Nescafé
| Jenis produk | Kopi |
|---|---|
| Pemilik | Nestlé |
| Negara asal | Switzerland |
| Diperkenalkan | 1938 |
| Pasaran | Seluruh dunia |
| Slogan | Segalanya bermula dengan Nescafé |
| Laman sesawang | Laman web rasmi |
Nescafé ialah jenama kopi yang dihasilkan oleh Nestlé. Ia datang dalam pelbagai bentuk. Nama itu ialah gabungan dari perkataan "Nestlé" dan "café". Nestlé mula memperkenalkan jenama kopi utama mereka di Switzerland pada 1 April 1938.