Mira Filzah

Mira Filzah
Mira ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria senyum pada 1 Mac 2016.
Kelahiran
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman

(1993-04-02) 2 April 1993
PendidikanIjazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengacara
  • model
  • usahawan
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian162 cm (5 ka 4 in)
PasanganWan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar (k. 2020)
Anak-anakWan Khair Amir Wan Emir Astar
Ibu bapa
  • Dato’ Ir. Haji Badioezaman Abdul Khalik (bapa)
  • Datin Hajah Faizatul Akmar Hisan (ibu)
HubunganDatuk Mastura Mohd Yazid (Ibu mentua)
Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Bapa mentua)
Laman web rasmimirafilzah.com

Puan Nur Amirah Filzah binti Dato’ Ir. Haji Badioezaman (lahir 2 April 1993) atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. .Dijoloki Ratu Air Mata kerana sering membawa watak watak yang menangis .Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia. Antara drama terkenal lakonan beliau ialah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020). Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019). Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai "Malaysia's ultimate girl's next door".