Fiza Sabjahan

Fiza Sabjahan
فيز سبجاهن
Kelahiran
Siti Hasfizza Aswaty binti Sab Jahan

(1982-09-09) 9 September 1982
PekerjaanPengacara, pramugari, penerbit
Tahun aktif2003–kini
MajikanMedia Prima (2007–kini)
PasanganAfief Farhan Fauzi (k. 2010; c. 2014)

Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau dikenali dengan Fiza Sabjahan (lahir 9 September 1982) ialah seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal sebagai pengacara rancangan Wanita Hari Ini di TV3. Selain itu, beliau juga pernah mengacarakan rancangan Nona, Singgah Sahur dan Soal Rakyat. Beliau juga ialah seorang bekas pramugari di Penerbangan Malaysia (MAS).