Anugerah Skrin 2014

Anugerah Skrin 2014
Tarikh7 November 2014
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
PengacaraFahrin Ahmad
Penyampai pra-acara
PenerbitAzman Abdul Ghaffar
PengarahAhmad Shaifullizam Arshad
PenganjurTV3
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikTanda Putera
Siri Komedi TerbaikNasi Ayam Duda
Siri Drama TerbaikUmmi
Film Televisi TerbaikMatahari Terbit Lagi
Liputan televisyen
SaluranTV3

Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) ialah majlis penganugerahan seni audiovisual (filem dan televisyen) Malaysia yang dianjurkan buat kali ke-18. Majlis yang bertemakan "Prestij dan Anggun" ini menampilkan pengacara utamanya Fahrin Ahmad yang digandingkan bersama tujuh pengacara bersama lain iaitu Zul Ariffin, Nabila Huda, Shukri Yahaya, Tasha Shila, Fiza Sabjahan, Fara Fauzana, dan Amyra Rusli, berlangsung pada 7 November 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.