Amyra Rosli

Amyra Rosli
عاميرا روسلي
Kelahiran
Nur Amira Izzati binti Rosli

(1991-08-24) 24 Ogos 1991
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebanyakan
PekerjaanPelakon, Pengacara
Tahun aktif2011–kini
PasanganAmar Baharin (k. 2016)
Anak-anak2
IbuNoor Zahidah Ahmad
BapaRosli Ahmad

Nur Amira Izzati binti Rosli (Jawi: نر امرا ازتي بنت رسلي; lahir 24 Ogos 1991) merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi siri televisyen waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta watak tajuk dalam drama Nur dan kesinambungannya di TV3. Selain kerjaya lakonan, Amyra menjadi duta kepada produk kosmetik AuraWhite Skin Spa dan jenama aiskrim Baskin-Robbins.