Hady Mirza

Hady Mirza
Maklumat latar belakang
Nama lahirMuhammad Mirzahady Bin Amir
Kelahiran (1980-01-28) 28 Januari 1980
Singapura
WarganegaraSingapura
GenrePop, R&B, Soul
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikSuara
Tahun aktif2006
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Muhammad Mirzahady Amir atau lebih dikenali sebagai Hady Mirza (lahir 28 Januari 1980) merupakan seorang penyanyi lelaki Singapura. Beliau ialah pemenang musim kedua Singapore Idol pada 25 September 2006 di Stadium Tertutup Singapura setelah berjaya memperoleh 70% daripada lebih kurang sejuta undian daripada penonton televisyen. Beliau juga ialah pemenang musim pertama Asian Idol pada 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia dan telah menewaskan lima finalis yang lain dari Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia.

Beliau turut dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (Musim 6) bersama dengan Naqiu Boboy. Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan markah yang sama. Beliau terkenal dengan suaranya yang lunak dan keperibadiannya yang mempersonakan.