Anugerah Juara Lagu ke-39
| Anugerah Juara Lagu Ke-39 | |
|---|---|
| Tarikh | 16 Februari 2025 |
| Tempat | Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
| Tajaan | Samsung Malaysia Unifi Mobile |
| Pengacara | Nazrudin Rahman Sissy Imann Fikry Ibrahim (Karpet Merah) Malia Baby (Karpet Merah) |
| Penerbit | Primeworks Studios |
| Ketua Juri | Edry Abdul Halim |
| Tempoh Tayangan | 180 minit |
| Juara Lagu | "Hening Rindu" Nyanyian: Marsha Milan Muzik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh Lirik: Ikhwan Fatanna |
| Sorotan | |
| Persembahan Terbaik | Aina Abdul ("Puas Sudah") |
| Vokal Terbaik | Ernie Zakri ("Aura") |
Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2024 yang diadakan pada 16 Februari 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil. Tema bagi Anugerah Juara Lagu kali ini adalah Nada Rasa, yang menekankan kekuatan muzik dalam menyampaikan emosi dan mesej mendalam melalui pelbagai jenis instrumen.
Ini merupakan edisi Juara Lagu pertama yang menampilkan hanya 10 lagu bertanding, setelah kali terakhir jumlah lagu yang dipertandingkan kurang dari 12 lagu ialah pada edisi ke-6 (1991), yang menyaksikan 11 lagu bersaing. Edisi terakhir yang tidak menampilkan 12 lagu adalah pada edisi ke-25 (2010) dengan 14 lagu.