Marsha Milan

Marsha Milan

مرش ميلن
Marsha sewaktu majlis tayangan perdana filem Cinderella pada Mac 2015.
Kelahiran
Marsha Milan Londoh

(1985-12-06) 6 Disember 1985
Berrien Springs,  Michigan,  Amerika Syarikat
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenyanyi, Pengacara, Pelakon
Tahun aktif2005–kini
PasanganMohamed Shaiful Nizam Ismail (k. 2015)
SaudaraLinda Nanuwil (sepupu)
Laman web rasmimarshamilanlondoh.com

Marsha Milan Londoh (lahir 6 Disember 1985) ialah seorang penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal kerana berlakon dan pernah meraih tempat keempat dalam Akademi Fantasia Musim 3 dan pernah membintangi drama televisyen Internet buatan Malaysia yang pertama, Kerana Karina, di laman web gua.com.my. Pada 17 Februari 2025, Marsha memenangi Anugerah Juara Lagu edisi ke-39 apabila lagunya Hening Rindu, ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik yang ditulis oleh Ikhwan Fatanna, berjaya menjuarai pertandingan tersebut.