Anugerah Juara Lagu Pertama

Anugerah Juara Lagu
Pertama
Montaj Anugerah Juara Lagu Pertama
Tarikh30 Disember 1986
TempatDewan Merdeka,
Pusat Dagangan Dunia Putra,
Kuala Lumpur
TajaanDynamo (Colgate-Palmolive) & Mesiniaga
PengacaraZainal Abas
Habibah Yusof
PenerbitFrank Tian
Ketua JuriDato' Johari Salleh
PengarahDato' Ooi Eow Jin
Tempoh Tayangan80 minit
Juara Lagu"Sekadar di Pinggiran"
Nyanyian: Francissca Peter
Muzik: Manan Ngah
Lirik: Lukhman S.
Sorotan
Persembahan TerbaikAlleycats
("Sampaikan Salam Cintaku")
Penulis Lirik TerbaikLukhman S.
("Sekadar di Pinggiran")

Anugerah Juara Lagu Pertama atau nama lamanya yang dikenali sebagai (Peringkat Akhir Muzik-Muzik Juara Lagu 1986) adalah pertandingan pertama yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Juga dinamakan "Peringkat Akhir Muzik-Muzik", ia membariskan lagu-lagu yang berjaya menjuarai carta bulanan dalam rancangan Muzik-Muzik. JL '86 telah diadakan pada 30 Disember 1986 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dan diacarakan oleh Zainal Abas dan Habibah Yusof.