Jessica Alba
Jessica Alba | |
|---|---|
Alba pada Mei 2016. | |
| Kelahiran | Jessica Marie Alba 28 April 1981 Pomona, California, Amerika Syarikat |
| Pekerjaan | Pelakon, ahli perniagaan |
| Tahun aktif | 1994–kini |
| Nilai bersih | ▲ $340 juta (Mei 2016) |
| Pasangan | Cash Warren (berkahwin 2008) |
| Anak-anak | 2 |
Jessica Marie Alba (/ˈælbə/; lahir 28 April 1981) merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah bagi kerjayanya sebagai pelakon, termasuk Pelakon Wanita Pilihan di Anugerah Pilihan Remaja dan Anugerah Saturn untuk Pelakon Wanita Terbaik di Televisyen, dan pencalonan Anugerah Golden Globe untuk peranan utamanya dalam siri Dark Angel.
Alba memulakan kerjaya televisyen dan filem pada usia 13 tahun menerusi Camp Nowhere dan The Secret World of Alex Mack (1994). Beliau mula dikenali sebagai pelakon utama dalam siri televisyen James Cameron Dark Angel (2000–02) sewaktu beliau berusia 19 tahun. Alba kemudiannya muncul dalam filem Honey (2003), Sin City (2005), Fantastic Four (2005), Into the Blue (2005), Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007) dan Good Luck Chuck (2007).
Pada Januari 2012, Alba mengasaskan bersama The Honest Company, sebuah syarikat barangan pengguna yang menjual produk rumah bukan beracun, dan memiliki 15 hingga 20 peratus syarikat.