Anugerah Akademi ke-79

Anugerah Akademi ke-79
Tarikh Februari 25, 2007
Tempat Teater Kodak
Hollywood, Los Angeles, California, A.S.
Rangkaian ABC
Pramajlis Chris Connelly
Lisa Ling
André Leon Talley
Allyson Waterman
Pengacara Ellen DeGeneres
Penerbit Laura Ziskin
Pengarah Louis J. Horvitz
Tempoh 3 jam, 51 minit
Filem Terbaik The Departed
Anugerah terbanyak The Departed (4)
Pencalonan terbanyak Dreamgirls (8)
 < ke-78 Anugerah Akademi ke-80 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-79 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2006 dan berlangsung pada Februari 25, 2007 di Teater Kodak, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Laura Ziskin dan diarahkan oleh Louis J. Horvitz. Ellen DeGeneres mengacarakan majlis ini buat kali pertama. Dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire, Beverly Hills, California pada Februari 10, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Maggie Gyllenhaal.

The Departed memenangi empat anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik untuk Martin Scorsese. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Pan's Labyrinth dengan tiga anugerah, An Inconvenient Truth, Dreamgirls dan Little Miss Sunshine dengan dua anugerah dan Babel, The Blood of Yingzhou District, The Danish Poet, Happy Feet, The Last King of Scotland, Letters from Iwo Jima, The Lives of Others, Marie Antoinette, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest, The Queen dan West Bank Story dengan satu anugerah.