Little Miss Sunshine

Little Miss Sunshine
Poster tayangan pawagam
PengarahJonathan Dayton
Valerie Faris
PenulisMichael Arndt
Dihasilkan oleh
  • Marc Turtletaub
  • David T. Friendly
  • Peter Saraf
  • Albert Berger
  • Ron Yerxa
Dibintangi
SinematografiTim Suhrstedt
Disunting olehPamela Martin
Muzik olehMychael Danna
Syarikat
penerbitan
  • Big Beach Films
  • Bona Fide Productions
  • Deep River Productions
  • Third Gear Productions
Diedarkan olehFox Searchlight Pictures
Tarikh tayangan
  • 20 Januari 2006 (2006-01-20) (Sundance)
  • 26 Julai 2006 (2006-07-26) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
101 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$8 juta
Pecah panggung$100.5 juta

Little Miss Sunshine ialah sebuah filem drama-komedi Amerika Syarikat 2006 diarahkan oleh Jonathan Dayton dan Valerie Faris. Skrip ditulis oleh Michael Arndt. Filem ini dibintangi Greg Kinnear, Steve Carell, Toni Collette, Paul Dano, Abigail Breslin dan Alan Arkin dan dihasilkan oleh Big Beach Films dengan bajet sebanyak US$8 juta. Penggambaran bermula pada Jun 6, 2005 dan mengambil tempat selama lebih 30  hari di Arizona dan California Selatan.

Filem ini dibuka di Festival Filem Sundance pada Januari 20, 2006 dan hak pengedarannya dibeli oleh Fox Searchlight Pictures. Filem ini mengadakan tayangan terhad di Amerika Syarikat pada Julai 26, 2006 dan kemudiannya ditayangkan lebih meluas bermula Ogos 18.

Little Miss Sunshine mengutip $100.5 juta di seluruh dunia. Filem ini dicalonkan empat Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik dan memenangi dua: Skrip Asal Terbaik untuk Michael Arndt dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik untuk Alan Arkin.