Antidot (drama)

Antidot
GenreDrama, aksi, cereka sains
PenciptaMira Mustaffa (konsep asal)
Ditulis oleh
  • Alfie Palermo
  • Fairul Nizam Ablah
  • Wan Amin Wan Yahya
  • Intan Suhana
  • Zuli Ismail
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mati" oleh Faizal Tahir
Lagu penutup"Mati" oleh Faizal Tahir
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifAlong Ailina
Penerbit
  • Kabir Bhatia
  • Mira Mustaffa
  • Francis Foo
Tempoh siaran40–42 minit
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal9 Disember 2014 – 10 Mac 2015

Antidot (digayakan sebagai #ANTIDOT) merupakan siri drama cereka sains Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia terbitan Filmscape. Dibintangi oleh Nabila Huda, Nad Zainal, Kamal Adli dan Remy Ishak, ia mengisahkan tentang beberapa saintis pakar virus yang bersaing untuk menghasilkan penawar melawan virus yang boleh menyebabkan manusia mati dan bertukar menjadi zombi di Malaysia. Siri ini bersiaran di Slot Aksi TV3 dari 9 Disember 2014 sehingga 10 Mac 2015 menggantikan PLAN B.

Siri ini didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.