Kamal Adli

Kamal Adli
Kelahiran
Ahmad Kamal bin Ahmad Adli

(1986-04-16) 16 April 1986
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2008–kini
PasanganUqasha Senrose (k. 2021)
Anak-anak1
BapaAhmad Adli

Ahmad Kamal Ahmad Adli atau dikenali sebagai Kamal Adli (lahir 16 April 1986) ialah seorang pelakon, model dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau ialah juara Hero Remaja 2007/2008 dan menempa nama sebagai pelakon komedi popular di samping berkebolehan melakonkan pelbagai jenis watak termasuk drama. Gaya lakonan komedi Kamal disifatkan segar dan tersendiri hingga menjadi tanda dagangnya.

Kamal muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Bio-Nik, Zati & Si Mawas, Ana lu'lu, Putera Rayyan, Black Belt Kaler Pink dan Black serta telefilem termasuk Kekasihku Is Setan, Nyamuk Tak Berdosa, Rongples Rongtaim dan Perempuan Tanpa Dosa.

Beliau juga terkenal dengan watak filem termasuk Niyang Rapik (2010), Kembar Siang (2011), Gerimis Mengundang (2012), Gangster Celop (2013), Abang Long Fadil (2014) dan Takluk: Lahad Datu (2024). Beliau merupakan lulusan bidang Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Beliau telah melamar Uqasha Senrose pada 20 Disember 2020, di acara langsung Anugerah MeleTOP Era. Pada 13 Mac 2023, beliau teruk dipukul oleh lelaki bercota warga Singapura yang disangka peminat.