Nad Zainal

Nad Zainal
ند زاءينل
Nad pada tahun 2022.
Kelahiran
Farah Nadia binti Zainal Abidin

(1990-05-16) 16 Mei 1990
KerabatTemenggong Kesultanan Johor (secara perkahwinan)
PendidikanDiploma Teater
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon, Model, Pengacara
Tahun aktif2008–kini
PasanganMuhammad Faliq Amirullah
(k. 2015; c. 2022)

Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz
(k. 2023)
Anak-anak
  • 1. Fahad Ibrahim Muhammad Faliq
    (anak lelaki)
  • 2.Budi Kalsom Muhammad Faliq
    (anak perempuan)
  • 3. Nama tidak diketahui
    (anak lelaki)

Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal (lahir 16 Mei 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau mula diperkenalkan menerusi drama televisyen berjudul Impian (Sunsilk Impian) pada tahun 2008, seterusnya muncul dalam sitkom Blogger Boy. Nad menjadi tumpuan media menerusi watak Kay lakonannya dalam siri drama remaja Memberku Hawa serta peranannya sebagai Inas dalam Bukan Bidadari yang kedua-duanya bersiaran di TV3.

Selain peranan lakonan di televisyen, Nad juga terkenal dengan peranan lakonannya di dalam filem cereka termasuk Kami Histeria (2014) dan siri filem Juvana (2015-16). Sepanjang kerjayanya, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 bagi Pelakon TV Wanita Popular dan Anugerah Skrin 2018 bagi Pelakon Wanita Terbaik (Drama). Melangkaui kerjaya hiburannya, Nad menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 2016. Pada 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H, nad zainal selamat diijabkabulkan dengan pelakon Ungku Ismail Aziz di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mas kahwinnya RM1,000.