Anjing Peking

Anjing Peking
Seekor anjing Peking berbulu panjang yang diberus dan bersiap untuk pertunjukan
Nama ringkasPeke
Negara asalChina
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing Peking
Bahasa Cina北京狗
Maksud harfiahanjing Beijing
Alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional獅子狗
Tulisan Cina Ringkas狮子狗
Maksud harfiahanjing singa

Anjing Peking ialah satu baka anjing mainan yang berasal dari China. Baka ini digemari oleh kaum kerabat diraja istana Maharaja China sebagai anjing teman dan namanya merujuk bandar raya Beijing (Peking), yang menempatkan Kota Larangan. Baka ini mempunyai beberapa ciri dan isu kesihatan yang berkaitan dengan penampilan uniknya. Oleh sebab cirinya yang diingini, anjing Peking telah menjadi sebahagian daripada perkembangan baka silang pereka, seperti peekapoo (bersilang dengan pudel) dan peke-a-tese (bersilang dengan anjing Malta).