Pudel

Pudel
Negara asalJerman atau Perancis (lihat sejarah)
Trait
Berat
  • Besar: 20–32 kilogram (44–71 lb)
  • Sederhana: 9–13 kilogram (20–29 lb)
  • Kerdil: 4.5–7 kilogram (9.9–15.4 lb)
  • Mainan: 2–3 kilogram (4.4–6.6 lb)
Tinggi
  • Besar: 45–62 sentimeter (18–24 in)
  • Sederhana: 35–45 sentimeter (14–18 in)
  • Kerdil: 28–35 sentimeter (11–14 in)
  • Mainan: 24–28 sentimeter (9.4–11.0 in)
Bulu Keriting
Warna Putih, perang kekuning-kuningan, perang, kelabu, hitam, brindle, hitam dan perang kekuning-kuningan, perang dan perang kekuning-kuningan, dwiwarna, dan triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pudel ialah satu baka anjing air. Baka ini dibahagikan kepada empat keragaman berdasarkan saiz, iaitu pudel besar atau pudel piawai, pudel sederhana atau pudel kecil, pudel kerdil atau pudel katik, dan pudel mainan, walaupun pudel sederhana tidak diiktiraf di semua tempat. Ia mempunyai lapis bulu keriting tebal tersendiri yang terdapat dengan banyak warna dan corak dengan hanya warna-warna padu yang diiktiraf oleh pejabat pendaftaran baka utama. Pudel adalah aktif dan cerdas dan khususnya mampu belajar daripada manusia. Pudel cenderung untuk hidup sehingga 10–18 tahun, dengan keragaman lebih kecil yang cenderung untuk hidup lebih lama daripada yang lebih besar.

Pudel mungkin sekali berasal dari Jerman, walaupun Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) dan sebahagian kecil ahli kinologi percaya bahawa ia berasal dari Perancis. Anjing serupa bertarikh kembali sekurang-kurangnya ke abad ke-17. Pudel lebih besar pada asalnya digunakan oleh pemburu unggas buruan untuk mengutip buruan dari air, sementara keragaman lebih kecil pernah umum digunakan sebagai penghibur sarkas. Pudel diiktiraf oleh kedua-dua The Kennel Club United Kingdom dan American Kennel Club (AKC) tidak lama selepas pengasasan kelab-kelab itu. Sejak pertengah abad ke-20, pudel telah mengalami kepopularan besar sebagai anjing peliharaan anjing pertunjukan – Pudel ialah baka paling berdaftar AKC dari tahun 1960 hingga tahun 1982 dan kini baka ketiga paling berdaftar FCI. Pudel juga umum dalam pertunjukan anjing dengan peserta yang kerap memiliki pangkasan benua yang diiktiraf secara popular, dengan muka dan punggung yang dipangkas rapat-rapat, dan gombak bulu pada keting dan di hujung ekor.