Ramanan Ramakrishnan
Yang Berhormat Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan | |
|---|---|
| Kawasan pilihan raya | P.107 Sungai Buloh |
| Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia | |
| Menyandang jawatan 12 Disember 2023 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Ewon Benedick |
| Didahului oleh | Saraswathy Kandasami |
| Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) | |
| Menyandang jawatan 18 April 2023 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Menteri | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sungai Buloh, Selangor | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | Sivarasa Rasiah |
| Majoriti | 2,693 (PRU-15) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Februari 1981 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Kongres India Malaysia (BN) (dahulu) Parti Keadilan Rakyat (PH) |
| Tempat belajar | Universiti Teknonlogi Queensland |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Usahawan |
Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Tamil: ரமணன் ராமகிருஷ்ணன்; lahir 11 Februari 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia dan Ahli Parlimen Sungai Buloh mewakili PH-PKR.Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dari April 2023 hingga Februari 2024.
Beliau juga merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meraih undi kedua tertinggi dalam Pemilihan 2025-2028 selepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan dibelakang Ramanan ikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Ramanan juga merupakan Ketua Cabang Sungai Buloh dimana beliau menang tanpa bertanding pada pemilihan peringkat Cabang PKR yang telah berlalu pada awal tahun 2025.
Ramanan terkenal di kawasan parlimen Sungai Buloh sentiasa menyumbang keseluruhan gaji dan elaunnya kepada hampir 100 rumah ibadat termasuk Masjid, Surau, Tokong Cina, Kuil Hindu dan Gereja dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh sejak menang sebagai Ahli Parlimen pada Disember 2022.