Darjah Kemenangan
| Darjah Kemenangan درجه کمنڠن | |
|---|---|
| Орден «Победа» | |
| Dianugerahkan oleh Kesatuan Soviet | |
| Jenis | Anugerah kebesaran tentera, darjah kebesaran |
| Dizahirkan | 8 November 1943 |
| Negara | Kesatuan Soviet |
| Kelayakan | Marsyal atau jeneral |
| Perangkaan | |
| Pelantikan pertama | 10 April 1944 |
| Pelantikan terakhir | 20 Februari 1978 |
| Jumlah lantikan | 20 |
| Susunan keutamaan | |
| Lebih tinggi | Order of Lenin |
| Lebih rendah | Order of St. Andrew the Apostle the First-Called |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Darjah Kemenangan (Rusia: Орден "Победa", Orden "Pobeda") adalah darjah kebesaran tertinggi tentera yang dikurniakan untuk khidmat bakti Perang Dunia II bagi Soviet Union, dan salah satu darjah yang jarang-jarang ditemui di dunia. Darjah ini hanya dikurniakan kepada para Jeneral dan Marsyal yang berjaya menjalankan operasi pertempuran yang melibatkan sebuah atau lebih kumpulan tentera darat dan menyebabkan "kejayaan operasi dalam rangka sebuah atau beberapa barisan yang menyebabkan perubahan radikal keadaan yang memihak kepada Tentera Merah". Dalam sejarah, ia telahpun dikurniakan sebanyak 20 kali kepada 12 orang pemimpin Soviet dan 5 orang pemimpin asing, dengan satu pembatalan. Terdapat hanya seorang penerima yang masih hidup pada tahun 2014.