Falsafah India
Manusia sering digambarkan sebagai binatang yang berfikir. Apabila nafsu binatangnya dipuaskan, dia berpeluang untuk maju ke tahap evolusi yang lebih tinggi. Falsafah, termasuk metafizik, adalah satu aspek tertinggi evolusi ini.
Perkembangan sistem falsafah India khususnya Hindu adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu proses intelektual dan pengalaman mistik. Oleh itu, falsafah India juga dikenali sebagai ‘Darśana’ (secara literal bermaksud ‘dilihat’).