Abdullah Husin
Abdullah Hussin | |
|---|---|
| Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Johor | |
| Menyandang jawatan 5 Januari 2021 | |
| Pengerusi | Muhyiddin Yassin (2020-2022) Sahruddin Jamal (2022-kini) |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Pesuruhjaya PAS Johor | |
| Menyandang jawatan 2019 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Didahului oleh | Mahfodz Mohamed |
| Ahli Dewan Negeri Johor untuk Puteri Wangsa | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Didahului oleh | Abdul Halim Suleiman (BN-UMNO) |
| Digantikan oleh | Mazlan Bujang (PPBM) |
| Ketua Dewan Ulamak PAS Johor | |
| Dalam jawatan 1997–2017 | |
| Digantikan oleh | Azlisham Azahar |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 13 November 1961 Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pasangan | Habibah Hussain |
| Anak | 5 |
| Kediaman | Johor |
| Pekerjaan | Ahli politik, Ulama |
Ustaz Haji Abdullah Husin (lahir 13 November 1961) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia.
Beliau merupakan bekas anggota Dewan Negeri Puteri Wangsa, Johor yang bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2013-2018.
Di peringkat parti, beliau kini merupakan Pesuruhjaya PAS Johor.
Beliau juga telah memimpin Dewan Ulamak PAS Negeri Johor selama 20 tahun dari 1997 hingga 2017.
Semasa menjadi wakil rakyat, Kerajaan Negeri Johor telah melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor.
Selepas kemelut politik Malaysia yang turut menukarkan pentadbiran kerajaan negeri Johor, Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang.
Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perikatan Nasional negeri Johor sehingga kini.