Sahruddin Jamal

Sahruddin Jamal
سحرالدين جمال
Menteri Besar Johor ke-17
Dalam jawatan
14 April 2019 – 27 Februari 2020
RajaSultan Ibrahim Ismail
Didahului olehOsman Sapian
Digantikan olehHasni Mohammad
Kawasan pilihan rayaBukit Kepong
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
(Kesihatan, Alam Sekitar & Pertanian)
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 14 April 2019
RajaSultan Ibrahim Iskandar
Menteri BesarOsman Sapian
Didahului olehAyub Rahmat
(Kesihatan dan Alam Sekitar)
Ismail Mohamed
(Pertanian)
Digantikan olehMohd Khuzzan Abu Bakar
(Kesihatan)
Tan Chen Choon
(Alam Sekitar)
Tosrin Jarvanthi
(Pertanian)
Kawasan pilihan rayaBukit Kepong
Pengerusi
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Dalam jawatan
31 Mei 2020 – 15 Disember 2022
MenteriRonald Kiandee
(2020–2022)
Mohamad Sabu
(3–15 Disember 2022)
Ketua PengarahRuhaida Mashhor
Didahului olehAbdul Malik Abul Kassim
Digantikan olehSheikh Umar Bagharib Ali
Pengerusi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Johor
Menyandang jawatan
8 Jun 2022
PresidenMuhyiddin Yassin
TimbalanMohd Rashid Hasnon
Didahului olehMuhyiddin Yassin
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Bukit Kepong
Menyandang jawatan
9 Mei 2018
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Majoriti1,273 (2018)
710 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir
Sahruddin bin Jamal

(1975-05-26) 26 Mei 1975
Kampung Baru Batu 28, Lenga, Muar, Johor, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
(2017–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
PasanganNila Armila Mukdan
Tempat belajarUniversiti Hasanuddin (MD)
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor
Laman webSahruddin Jamal di Facebook

Sahruddin bin Jamal (lahir 26 Mei 1975) merupakan seorang ahli politik dan doktor Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Bukit Kepong sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor ke-17 dari April 2019 sehingga kejatuhan pentadbiran negeri Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020 serta sebagai Ahli EXCO Johor dalam pentadbiran PH di bawah bekas Menteri Besar Osman Sapian dari Mei 2018 sehingga kenaikan beliau ke jawatan Menteri Besar pada April 2019. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dari Mei 2020 hingga Disember 2022. Beliau merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelumnya gabungan PH. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi BERSATU Negeri Johor sejak Jun 2022. Sebelum itu, beliau merupakan Setiausaha BERSATU Johor sebelum dinaikkan ke jawatan Pengerusi Negeri. Beliau juga merupakan Menteri Besar Johor yang paling singkat berkhidmat dalam sejarah, dengan tempoh perkhidmatan hanya selama 321 hari.