Abdullah Hussain
Abdullah Hussain | |
|---|---|
| Lahir | 25 Mac 1920 Yan, Kedah |
| Meninggal dunia | 31 Disember 2014 (umur 94) Petaling Jaya, Selangor |
| Pekerjaan | Novelis |
| Warganegara | Malaysia |
| Karya terkenal | Imam, Konserto Terakhir, Interlok |
Datuk Abdullah Hussain PJN, DSDK (25 Mac 1920 – 31 Disember 2014) ialah seorang penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.
Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Abdullah terkenal memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.