Abdullah Husin

Abdullah Hussin
Timbalan Pengerusi
Perikatan Nasional Johor
Menyandang jawatan
5 Januari 2021
PengerusiMuhyiddin Yassin (2020-2022)
Sahruddin Jamal (2022-kini)
Didahului olehJawatan diwujudkan
Pesuruhjaya PAS Johor
Menyandang jawatan
2019
PresidenAbdul Hadi Awang
Didahului olehMahfodz Mohamed
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Puteri Wangsa
Dalam jawatan
2013–2018
Didahului olehAbdul Halim Suleiman (BN-UMNO)
Digantikan olehMazlan Bujang (PPBM)
Ketua Dewan Ulamak PAS Johor
Dalam jawatan
1997–2017
Digantikan olehAzlisham Azahar
Maklumat peribadi
Lahir (1961-11-13) 13 November 1961
Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHabibah Hussain
Anak5
Kediaman Johor
PekerjaanAhli politik, Ulama

Ustaz Haji Abdullah Husin (lahir 13 November 1961) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia.

Beliau merupakan bekas anggota Dewan Negeri Puteri Wangsa, Johor yang bertanding di atas tiket PAS pada penggal 2013-2018.

Di peringkat parti, beliau kini merupakan Pesuruhjaya PAS Johor.

Beliau juga telah memimpin Dewan Ulamak PAS Negeri Johor selama 20 tahun dari 1997 hingga 2017.

Semasa menjadi wakil rakyat, Kerajaan Negeri Johor telah melantik beliau sebagai Ahli Jawatankuasa Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor.

Selepas kemelut politik Malaysia yang turut menukarkan pentadbiran kerajaan negeri Johor, Abdullah telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Pulai Sebatang.

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Perikatan Nasional negeri Johor sehingga kini.