Abd Halim Jusoh
Abd Halim Jusoh DPSM (Melaka) | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi Permaisuri | |
| Dalam jawatan 2018–2023 | |
| Didahului oleh | Mohd Jidin Shafee |
| Digantikan oleh | Mohd Yusop Majid |
| Majoriti | 1,970 (PRU-14) |
| Dalam jawatan 2008–2013 | |
| Didahului oleh | Rozali Muhammad |
| Digantikan oleh | Mohd Jidin Shafee |
| Majoriti | 3,639 (PRU-12) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 23 Februari 1965 Terengganu, Malaysia |
| Parti politik | UMNO |
| Pasangan | Datin Rosidah Mokhtar |
| Anak | 4 |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Abd Halim Jusoh (lahir 23 Februari 1965) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri selama 2 penggal iaitu (2018-2023 dan 2008-2013)
Pada 20 Januari, dia telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung satu kes tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada Mei 2018. Menurut sumber, Abd Halim dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada pejabat daerah dan tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang berkenaan. Bagaimanapun, program itu dipercayai tidak dijalankan.