Zainal Abidin bin Ahmad
Yang Berbahagia Tan Sri (Dr) Zainal Abidin | |
|---|---|
زين العابدين أحمد | |
| Kelahiran | Zainal Abidin bin Ahmad 16 September 1895 Batu Kikir, Mukim Kuala Jempol, Jempol, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (Malaysia) |
| Meninggal dunia | 23 Oktober 1973 (umur 78) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
| Nama lain | Za’aba, Za'ba |
| Organisasi | Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu |
| Terkenal kerana | Ahli akademik dan penulis |
| Gerakan politik | Gerakan Akademik Malaya |
| Saudara | Muhammad Yusof (adik) |
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Yang Berbahagia Tan Sri (Dr) Zainal Abidin bin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za'ba merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu dan pemikir keturunan Minangkabau dan Bugis yang giat menulis sekitar tahun 1940-an.
Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.