Gurun Sahara
| Gurun Sahara | |
|---|---|
| Nama | |
| Nama asli | الصحراء الكُبرى (ar) |
| Ciri fizikal | |
| Dimensi | 1,800 () × 4,800 () km |
| Keluasan | 9,200,000 km² |
| Geologi | |
| Jenis | Gurun |
| Geografi | |
| Lokasi | Afrika |
| Negara | Algeria, Chad, Mesir, Maghribi, Tunisia, Mauritania, Niger, Mali, Sudan dan Perancis |
| Koordinat | 23°5′N 12°37′E |
| Titik tertinggi | Emi Koussi (en) |
| Titik terendah | Qattara Depression (en) |
| Iklim | iklim gurun panas |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Gurun Sahara (Arab: الصحراء الكبرى, rumi: aṣ-ṣaḥrāʼ al-kubrā "Gurun Terbesar") ialah gurun yang merentangi kebanyakan kawasan utara benua Afrika; ia merupakan gurun panas terbesar di dunia dengan keluasan 9,200,000 km persegi, dan juga gurun kedua terbesar selepas Antartika dan utara Artik. Gurun ini meliputi kebanyakan kawasan utara Afrika dari Laut Merah di timur, Laut Mediterranean di utara hingga Lautan Atlantik di barat dibataskani kawasan-kawasan subur di pesisir, Pergunungan Atlas di Maghreb, dan Lembah Nil di negara-negara Mesir dan Sudan; bentuk daratannya berubah secara beransur-ansur dari padang pasir ke dataran pantai. Di bahagian selatan, Sahara berbatasan dengan Sahil, suatu jalur savana tropika separa gersang sekitar lembah sungai Niger dan kawasan sub-Sahara Afrika. Sahara boleh dibahagikan kepada beberapa rantau, termasuklah barat Sahara, pergunungan-pergunungan Ahaggar, Tibesti dan Aïr serta gurun-gurun Ténéré dan Libya.
Nama "Sahara" diambil daripada perkataan صَحَارَى ṣaḥārā, suatu bentuk jamak usang bagi perkataan صَحْرَاء ṣaḥrā' dalam bahasa Arab yang bermaksud "padang pasir".
Untuk beberapa ratus ribu tahun, Sahara telah berselang seli di antara padang pasir dan padang rumput savana dalam kitaran 20 ribu tahun, yang disebabkan oleh liukan paksi Bumi (kira-kira 26 ribu tahun) ketika ia berputar mengelilingi Matahari, yang mengubah lokasi monsun Afrika Utara.