Tiananmen

Tiananmen
Tulisan Cina Tradisional
Tulisan Cina Ringkas

Tiananmen (Jawi: تيينٲنمن) merupakan sebuah monumen yang terkenal di Beijing, Republik Rakyat China dan digunakan sebagai simbol kebangsaan. Mula dibina ketika Dinasti Ming pada tahun 1420, Tiananmen sering dianggap sebagai pintu masuk utama ke Kota Larangan sedangkan Gerbang Meridian (午门 Wǔ Mén) adalah pintu masuk utama yang sebenar. Tiananmen adalah pintu masuk utama bagi Kota Imperial yang terletak dalam Kota Larangan. Tiananmen berada di utara Dataran Tiananmen, di seberang jalan dari plaza di Lebuh Chang'an.