Beijing

Beijing
北京
Peking
Ibu Kota dan Wilayah Perbandaran
Pentadbiran Wilayah Beijing
Kawasan pusat perniagaan Beijing dengan China Zun (tengah)
Istana Larangan
Stadium Nasional Beijing "Sarang Burung"
Lokasi Pentadbiran Wilayah Beijing dalam China
Beijing
Beijing
Koordinat (Dataran Tiananmen (bendera kebangsaan)): 39°54′24″N 116°23′51″E / 39.90667°N 116.39750°E / 39.90667; 116.39750
NegaraChina
Ditubuhkan1045 SM
Diasaskan olehDinasti Zhou (Zhou Barat)
Pejabat pentadbiranDaerah Tongzhou
Bahagian
 - Daerah
 - Bandar dan Subdaerah

16 daerah
343 bandar dan subdaerah
Pentadbiran
 • JenisWilayah Perbandaran
 • BadanKongres Rakyat Perbandaran Beijing
 • Setiausaha PartiYin Li
 • Pengerusi KongresLi Xiuling
 • Datuk BandarYin Yong
 • Pengerusi Mesyuarat Perundingan Politik Rakyat ChinaWei Xiaodong
 • Wakil Mesyuarat Rakyat Nasional53 deputi
Keluasan
 • Wilayah Perbandaran16,410.54 km2 (6,336.14 batu persegi)
 • Tanah16,410.54 km2 (6,336.14 batu persegi)
 • Bandar
16,410.54 km2 (6,336.14 batu persegi)
 • Metro
12,796.5 km2 (4,940.8 batu persegi)
Aras
43.5 m (142.7 ft)
Aras tertinggi
(Gunung Ling (Beijing))
2,303 m (7,556 ft)
Penduduk
 (banci 2020)
 • Wilayah Perbandaran21,893,095
 • Kepadatan1,300/km2 (3,500/batu persegi)
 • Bandar
21,893,095
 • Kepadatan bandar1,300/km2 (3,500/batu persegi)
 • Metro
22,366,547
 • Kepadatan metro1,700/km2 (4,500/batu persegi)
 • Kedudukan penduduk
Kedua terbesar di China sebagai bandar raya
Ke−27 sebagai pembahagian pentadbiran
Kepadatan ke−4
Etnik utama
 • Han95%
KDNK (2024)
 • Wilayah PerbandaranCN¥ 4,984 bilion (ke-13)
US$ 700 bilion
 • Per kapitaCN¥ 227,652 (ke-1)
US$ 32,038
Zon waktuUTC+08:00 (Waktu Piawai China (CST))
Kod Pos
100000–102629
Kod kawasan10
Kod ISO 3166CN-BJ
Pertumbuhan 0.7%
Awalan plat nombor kenderaan京A, C, E, F, G, H, J, K, L, M, N, P, Q


京B (teksi)
京G, Y (luar kawasan bandar)


京O, D (polis dan pihak berkuasa)
SingkatanBJ / 京 (jing)
Indeks Pembangunan Manusia (IPM) (2022)0.905 (ke-1) – sangat tinggi
Laman sesawangbeijing.gov.cn
english.beijing.gov.cn
Simbol
BungaBunga Ros Cina (Rosa chinensis)
Bunga Krisan
PokokPlatycladus orientalis (Pokok Arborvitae Cina)
Pokok Pagoda (Styphnolobium japonicum)
Beijing
"Beijing" dalam aksara Cina biasa (kaishu)
Bahasa Cina北京
Hanyu PinyinBěijīng
PosPeking
Peiping (1368–1403; 1928–1937; 1945–1949)
Maksud harfiah"Ibu Kota Utara"

Beijing (bahasa Cina: 北京; pinyin: Běijīng; Wade-Giles: Peiching atau Pei-ching; IPA: [peɪ˨˩ tɕɪŋ˥˥]; maksudnya "ibu kota utara"; sebutan), dahulunya dipanggil Peking, ialah metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai sebuah wilayah perbandaran di bawah pentadbiran langsung pemerintahan pusat, Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China.

Beijing ialah bandar raya yang kedua terbesar di China, selepas Shanghai, dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandar raya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subbandar serta 2 buah kaunti luar bandar, dengan kawasan bandarnya menampung sekitar 13 orang penghuni . Beijing merupakan satu pusat pengangkutan yang utama, dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China, manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi. Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, serta juga tokong, tembok batu, dan gapuranya. Tiadanya banyak bangunan utama, apa jua usianya, di Beijing yang tidak memiliki sekurang-kurangnya setakat kepentingan sejarah negara. Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China. Pada 2008, Beijing mengacarakan Sukan Olimpik.

Tidak terdapat banyak bandar raya di dunia, selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama. Encyclopædia Britannica memerikannya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia", dan mengisytiharkannya sebagai satu bandar raya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.