Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia
تنترا اودارا دراج مليسيا
Lambang Tentera Udara Diraja Malaysia
Ditubuhkan pada1 Jun 1958 (1958-06-01)
Negara Malaysia
Kesetiaan Yang di-Pertuan Agong
Cawangan Angkatan Tentera Malaysia
JenisTentera udara
PerananPeperangan udara
Saiz15,000 anggota
132 pesawat aktif
PenaungYang di-Pertuan Agong
Moto"Sentiasa di Angkasa Raya"
Warna      Biru laut dan       Biru maya
Kawat"Perwira di Angkasa"
Peringatan1 Jun
PertempuranDarurat Tanah Melayu
Pemberontakan Komunis di Sarawak
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Pemberontakan Komunis (1968-1989)
Perampasan MV Bunga Laurel
Memecah masuk sempadan Sabah (Pencerobohan 2013)
Perampasan kapal tangki MT Orkim Harmony
Laman webwww.airforce.mil.my
Komander
Kolonel Yang DiPertuaSultan Pahang
Panglima Tentera UdaraJeneral Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM
Timbalan Panglima Tentera UdaraLeftenan Jeneral Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM
Tanda kebesaran
Lambang Tentera Udara
Roundel
Lambang ekor
Pesawat udara
PejuangSu-30MKM, F/A-18D, Hawk 208
HelikopterEC 725, UH-60 Black Hawk, AW139
PerondaCN-235, Super King Air
PelatihHawk 108, MB-339, Pilatus PC-7
PengangkutAirbus A400M, C-130 Hercules, CN-235, 737

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); (Jawi:تنترا اودارا دراج مليسيا ) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Volunteers Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.