Eurocopter EC 725
| EC 725 Cougar | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Helikopter Pengangkut Taktikal |
| Pengeluar | Kumpulan Eurocopter |
| Penerbangan sulung | 27 November 2000 |
| Diperkenalkan | Februari 2005 |
| Dibangunkan dari | Eurocopter AS 532 |
| Kelainan | Eurocopter EC 225 |
Eurocopter EC 725 Cougar merupakan sejenis helikopter pengangkut jarak jauh yang dibangunkan daripada keluarga Super Puma/Cougar untuk kegunaan ketenteraan. Ia menggunakan enjin pesawat udara berkembar dan boleh membawa 29 tempat duduk berpasukan dengan 2 anak kapal, bergantung kepada permintaan pelanggan. Helikopter ini dipasarkan bagi pengangkutan sepasukan askar, pengangkutan keluar bagi kemalangan, pemindahan kasualti, carian pertempuran dan tugas-tugas penyelamat dan ia menyamai jenis awam EC 225.