Surah Nuh

Surah Nuh (Arab: سورة نوح) ialah surah ke-71 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 28 ayat. Dinamakan dengan surat Nuh kerana surah ini seluruhnya menjelaskan dakwah dan doa Nabi Nuh a.s.