Surah An-Naazi’aat

Surah An-Naazi’aat (Arab: سورة النازعات) ialah surah ke-79 dalam al-Quran. Surah ini tergolong surah Makkiyah, terdiri atas 46 ayat. Dinamakan An Naazi’aat yang bererti "malaikat-malaikat yang mencabut" berasal dari kata An Naazi’aat yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Dinamai pula as Saahirah yang diambil dari ayat 14, dinamai juga Ath Thaammah diambil dari ayat 34.