Surah Al-Furqaan

Surah Al Furqaan (سورة الفرقان) adalah surah ke-25 dari al-Quran. Surah ini terdiri atas 77 ayat dan termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al-Furqaan yang bererti pembeza, diambil dari kata Al Furqaan yang terdapat pada ayat pertama surat ini. Yang dimaksud dengan Al Furqaan dalam ayat ini ialah Al Quran (lihat nama lain Al Qur'an). Al Quran dinamakan Al Furqaan kerana dia membezakan antara yang hak dengan yang batil. Maka pada surah ini pun terdapat ayat-ayat yang membezakan antara kebenaran keesaan Allah s.w.t. dengan kebatilan kepercayaan syirik.