Surah Al-Anfaal
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Islam |
|---|
|
Surah Al-Anfaal adalah surah ke-8 pada Al Qur'an, surah ini mempunyai 75 ayat dan termasuk golongan surah-surah Madaniyyah kerana seluruh ayat-ayatnya diturunkan di Madinah. Surah ini dinamakan Al Anfaal yang bermaksud harta rampasan perang. Berhubung kata Al Anfaal terdapat pada permulaan surah ini dan juga persoalan yang menonjol dalam surah ini ialah tentang harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya. Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a. surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar Kubra yang terjadi pada tahun kedua hijrah. Peperangan ini sangat penting kerana merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam. Pada waktu itu umat Islam dengan berkekuatan kecil untuk pertama kali dapat mengalahkan kaum musyrikin yang berjumlah besar dan memiliki perlengkapan yang cukup dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit. Oleh sebab itu, timbullah masalah bagaimana membahagikan harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.