Mansur Shah dari Melaka
| Mansur Syah | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Paduka Seri Tuanku Al-Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Melaka Darul Islamial Ke VI | |||||||||
| Kesultanan Melayu Melaka ke-6 | |||||||||
| Pemerintahan | 1459 – Oktober 1477 | ||||||||
| Didahului oleh | Muzaffar Syah | ||||||||
| Diikuti oleh | Alauddin Riayat Shah | ||||||||
| Keputeraan | Raja Abdullah Ibni Raja Kassim | ||||||||
| Isteri |
| ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Kerabat Diraja Melaka | ||||||||
| Ayahanda | Sultan Muzaffar Riayat Shah I | ||||||||
| Agama | Islam Sunni | ||||||||
Sultan Mansur Shah ibni Almarhum Sultan Muzaffar Shah (Jawi: سلطان منصور شاه ابن المرحوم سلطان مظفر شاه) memerintah 1459 – Oktober 1477) ialah gelaran kepada Raja Abdullah ialah sultan Melaka yang keenam.
Baginda menaiki takhta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muzaffar Shah. Menurut Tome Pires yang menulis Suma Oriental: Mamsursa (Mansur Shah) mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara yang keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya.
Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan/Bintan dan pulau sekitarnya.
Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur.
Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru, Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diserahkan oleh Majapahit setelah Mansur Shah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu.