Senarai baka anjing
Senarai baka anjing ini menyertakan baka, keragaman, dan jenis anjing ekstan dan pupus. Sebuah rencana penyelidikan tentang genomik anjing yang diterbitkan dalam Science mentakrifkan baka anjing moden sebagai "ciptaan baru-baru ini yang ditakrifkan dengan pengakuran kepada keunggulan fizikal dan ketulenan zuriat".
Menurut Big Think, lebih daripada 40% daripada jumlah baka anjing di dunia berasal dari United Kingdom, Perancis, dan Jerman. Pernyataan lebih kurang berbunyi: "Great Britain dan Perancis merupakan titik permulaan untuk minat kepada anjing, sambil masing-masing negara mempunyai 57 baka berdaftar. Jerman tidak ketinggalan jauh, dengan 47 baka. Ketiga-tiga negara ini sahaja mewakili lebih daripada 40% daripada semua baka anjing yang diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa."