Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol

Lokasi
Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Memantapkan Iman
Kod sekolahNRA 6001
PengetuaEncik Norazhar Bin Mohd Shah
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Saifunizam Bin Zakaria
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Elais Bin Murad
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Zaki Bin Jahaya
Laman sesawanghttp://www.sbpijempol.edu.my


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) merupakan salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri Sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah ini merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.