Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu
Lokasi
Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, SBP, Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoGENERATING EXCELLENCE
Ditubuhkan2000 (umur 24–25)
Nombor sekolah6096311402
Kod sekolahTEA3122
Pengerusi PIBGDr. Azmi Bin Omar
PengetuaCikgu Amir Bin Ya
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Mohd Faradin Bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sabrina binti Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumPuan Salwani Azlina binti Jaafar
Faks6096266729


Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu atau nama ringkasnya SESTER, merupakan sebuah Sekolah Menengah Berasrama Penuh yang terletak di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, Malaysia.

SM Sains Kuala Terengganu mempunyai tenaga pengajar seramai 36 orang sahaja pada tahun 2019. Pada awal penubuhannya iaitu pada tahun 2000, SESTER hanya mengambil pelajar tingkatan 4, tingkatan 5 dan tingkatan 6 sahaja tetapi mulai tahun 2016, SESTER mula menerima kemasukan pelajar tingkatan 1 sebanyak dua kelas. Kini (2022), SESTER telah mempunyai kelas bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan jumlah keseluruhan kelas sebanyak 10 kelas dengan kapasiti pelajar seramai 230 orang.Sebagai tambahan info,Keputusan SPM 2021 telah menjulang kembali nama SESTER di persada kebangsaan pada kedudukan ke-8 kebangsaan setelah batch Xtrovia 1721 berjaya memperoleh GPS 1.39 dengan 2 orang calon memperoleh 9A+ dan 18 calon memperoleh 9A(A+,A,A-).