Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Lokasi
Km 11, Jln Labu, 71900 Labu, Negeri Sembilan Darul Khusus
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah berasrama penuh, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Beriman dan Beramal
DitubuhkanJanuari 1982
Nombor sekolah06-7912245
Kod sekolahNRA4002
Pengerusi PIBGEn. Azmi bin Abdul Aziz
PengetuaTuan Haji Zulkifli bin Hamat (Merupakan seorang bekas alumni SMAPL (IKMAL) / Mursyid Imam Muda )
GPK Pentadbiran dan AkademikPn.Umi Kalsom binti Nayan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn.Mohd Azizi bin Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPn. Noor Hasimah binti Ibrahim
Faks06-7912198
Laman sesawanghttps://smap.edu.my/
SMAP lebih dikenali dengan nama SMAP L selepas penubuhan SMAP Kajang dan Bentong.


Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL) atau nama ringkasnya SMAP Labu, merupakan sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh. Sekolah yang mula beroperasi pada 1982 ini terletak di Kilometer 11, Jalan Labu, Labu, Negeri Sembilan.

SMAP Labu merupakan sebuah sekolah daripada Sekolah Kluster Kecemerlangan (fasa ke-4) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (kohort 2). SMAP Labu memiliki 315 orang pelajar lelaki dan 358 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang di samping mempunyai 81 orang guru (statistik 2009).