Rancangan Malaysia Pertama
Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:
- memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
- meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
- membangunkan ekonomi luar bandar.
- mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
- mengurangkan pengangguran.
- memajukan sektor perindustrian.