Ramli M. S.
Ramli M.S. DIMP (Pahang) | |
|---|---|
| Kelahiran | Ramli bin Mohd Salleh 17 November 1958 |
| Warganegara | |
| Nama lain | Tok Ram |
| Pekerjaan | Pemuzik, penggubah lagu, konduktor muzik, pelakon |
| Tahun aktif | 1980–kini |
| Ketinggian | 183 cm (6 ka 0 in) |
| Pasangan |
|
| Anak-anak |
|
| Bapa | Mohd Salleh Said |
| Hubungan | Allahyarham Datuk S. Atan (bapa saudara) |
Dato' Ramli bin Mohd Salleh atau Ramli M. S. merupakan seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6. Beliau dilahirkan pada 17 November 1958 di Geylang, Singapura, dan bertukar kerakyatan Malaysia pada tahun 1989. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai pengutip bola tenis pada usia 9 tahun & buruh binaan seawal usia 10 tahun bagi membantu keluarga.
Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni. Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.