Puteri Aishah
Puteri Aishah | |
|---|---|
ڤوتري عايشه | |
Aishah ditemuramah oleh MeleTOP pada majlis Dewi Remaja Glam Night 2015. | |
| Kelahiran | Puteri Aishah binti Sulaiman 6 Jun 1994 |
| Pendidikan | Diploma Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) |
| Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, guru |
| Tahun aktif | 2013–kini |
| Pasangan | Muhammad Firdaus Sulaiman (k. 2021) |
| Anak-anak | 1 |
Puteri Aishah binti Sulaiman (Jawi: ڤوتري عايشه; lahir 6 Jun 1994) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis (2015), Kahwin Muda (2016), Cinta Roller Coaster (2016), Raisha (2017), Selafaz Cinta (2018), Cina Buta (2022) dan Special Force: Anarchy (2023).