Othman bin Aziz

Othman bin Aziz
DGMK (Kedah)
Pengerusi
MARA Corporation Sdn Bhd
Menyandang jawatan
28 Disember 2021
Didahului olehSyed Muhamad Syed Abdul Kadir
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
25 Ogos 2020 – 5 November 2022
Didahului olehAnanthan a/l Somasundaram
Timbalan Menteri Kewangan I
Dalam jawatan
27 Jun 2016 – 9 Mei 2018
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Johari Abdul Ghani
Digantikan oleh Amiruddin Hamzah
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Jerlun, Kedah
Dalam jawatan
2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Mukhriz Mahathir
Digantikan oleh Mukhriz Mahathir
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2005–2008
Menteri Besar Mahdzir Khalid
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Ayer Hitam
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Abdul Ghani Ahmad
Digantikan oleh Abdul Ghani Ahmad
Kawasan pilihan rayaAyer Hitam
Maklumat peribadi
Lahir (1959-05-15) 15 Mei 1959
Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu
KerakyatanMalaysia
Parti politikUMNO
Gabungan politik
lain
BN
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Senator Dato' Wira Othman bin Aziz (lahir 15 Mei 1959) merupakan ahli politik Malaysia dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau ialah bekas ahli Parlimen Jerlun, Kedah, yang telah dipilih pada tahun 2013. Beliau pernah berkhidmat dalam satu penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah (2004-2008) dan menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Kedah. Beliau telah dilantik menjadi ahli Dewan Negara mewakili DUN Kedah pada tahun 2020.