Orang Maori

Māori
Hinepare dari Ngāti Kahungunu, c1890
Jumlah penduduk
kira-kira. 660,000
Kawasan ramai penduduk
 New Zealand565,329 (etnik)
643,977 (keturunan)
 Australia72,956 (keturunan)
 United Kingdomkira-kira. 8,000
 Amerika Syarikatkira-kira. 3,500
 Kanada1,305
Wilayah lainkira-kira. 8,000
Bahasa
Māori, Inggeris
Agama
Agama Māori, Kristian
Kumpulan etnik berkaitan
lain-lain orang Polinesia,
Orang Austronesia

Orang Māori merujuk kepada sebuah bangsa Polinesia yang terdapat di New Zealand yang mengamalkan budaya dan bahasa mereka yang tersendiri. Dalam bahasa Maori , istilah Maori bermaksud normal, semula jadi atau biasa. Dalam cerita legenda dan tradisi lisan di kalangan masyarat itu, istilah Maori juga merujuk kepada semangat 'wairua'. Maori berkait-rapat dengan bahasa Polinesia , Mouli di Kepulauan Hawai, Maoli di Kepulauan Cook yang mempunyai maksud yang sama. Dalam bahasa Inggeris, maori bermaksud asli atau asal. Negara New Zealand menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Maori pada tahun 1947. Apabila disebut Maori di New Zealand, ia lebih merujuk kepada hal ehwal tanah yang diiktiraf sah oleh perlembagaan negara New Zealand yang dimiliki oleh orang Maori. Masyarakat ini menggelarkan diri sesama mereka dengan istilah tangata whenua "orang benua".