Nassier Wahab


Nassier Wahab

DIMP (Pahang)
Nassier pada 2019
Kelahiran
Mohd. Nasir bin Abd. Wahab

(1962-04-18)18 April 1962
Meninggal dunia5 Disember 2019(2019-12-05) (umur 57)
Sebab kematianKanser gusi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1980–2019
PasanganFatimah Abd. Raof
Anak-anak1

Dato' Haji Mohd. Nasir bin Abd. Wahab (18 April 1962 – 5 Disember 2019), lebih dikenali sebagai Nassier Wahab, ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Kejayaan beliau dalam bidang muzik hadir apabila beliau dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004. Penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah. Pada 15 Mei 2017, beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang membawa gelaran Dato’.