Pasukan Gerakan Khas

Pasukan Gerakan Khas
MotoWarisan Darah Perwira
WarnaHitam/Mera/kuning/hijau
Peringatan31 Ogos 57

Ulang tahun Hari Kemerdekaan dan diadakan

Raja atau pun dulimaha agong dan Presiden sebagai pemimpin ketenteramanman serta keamanan rakyat merdeka
Komander
Ketua upacaraSAJEN, CPJ
Paparan amaran: Page using Template:Infobox military unit with unknown parameter "1 = - "
Paparan amaran: Page using Template:Infobox military unit with unknown parameter "Vat 69"

Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu markas operasi pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia yang menyelaraskan Batalion 69 Komando (VAT69) dan Unit Tindak Khas (UTK). Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Perang Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

VAT 69 ditubuhkan khas sebagai pasukan khusus multi spektrum manakala UTK sebagai Unit Elit Anti-Keganasan. Kedua-dua unit ini mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas, pemberontakkan militan, pencerobohan sempadan, kegiatan lanun, penculikan dan jenayah berat lain bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi kedua-dua unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1996


dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun. Sebagai pasukan operasi khusus, setiap truper dan anggota kedua-dua unit ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.