Kadazan-Dusun

Kadazan-Dusun
Mamasok
Bobohizan/Bobolian Kadazandusun menghadiri upacara pembukaan Kaamatan 2014 di Hongkod Koisaan, dewan perpaduan KDCA, Penampang
Jumlah penduduk
714,000 (2024)
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Sabah, Labuan, Brunei, Semenanjung Malaysia)
Bahasa
Bahasa Dusun, Bahasa Kadazan, dan Bahasa Melayu Sabah
Agama
Kristian (74.8%), Islam (22.6%), Animism
Kumpulan etnik berkaitan
Dusun, Rungus, Kadazan, Orang Sungai , Murut, Lun Bawang/Lun Dayeh

a Buku Tahunan Statistik: Sabah, 2002, & Data Sabah Statistik 2020

Kaum Kadazandusun (juga dikenali sebagai bangsa "Mamasok Sabah") atau Bangsa Mamasok Kadazan-Dusun merupakan kumpulan kaum bumiputera asal yang terbesar di Sabah. Kaum Kadazan-Dusun juga merupakan satu kumpulan etnik dari dua bangsa iaitu Bangsa Kadazan dan Bangsa Dusun di Borneo yang digabungkan menjadi satu kumpulan kaum/etnik. Kaum ini juga telah dikenali dalam bahasa asal sebagai "Mamasok" atau "Pasok" yang ertinya "original", "yang sudah menduduki", "orang asal " ataupun "orang asli pribumi". Kaum etnik Kadazandusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialect dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Etnik Kadazan-Dusun telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara (Sabah) dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004. Kadazan-Dusun turut diiktiraf sebagai kumpulan Pribumi asal di Sabah yang mempunyai hak istimewa tersendiri dari hak tanah, sungai, sehingga penjagaan adat resam.

Beberapa pertubuhan telah ditubuhkan untuk menjaga hak istimewa Kadazan-Dusun di Malaysia dan salah satunya adalah, Pertubuhan Kadazan-Dusun Murut (KDM) Malaysia, atau dikenali sebagai Pertubuhan KDM (Organisation) Malaysia yang berpusat di Donggongon, Penampang Sabah, Malaysia.