Jalan Petaling

Jalan Petaling
Jalan Petaling dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah)
Tulisan Cina Tradisional茨廠街
Tulisan Cina Ringkas茨厂街

Jalan Petaling (Bahasa Melayu: Jalan Petaling, Bahasa Cina Ringkas: 茨厂街, Bahasa Cina Tradisional: 茨廠街, pinyin: Cíchǎng Jiē, jyutping: ci4 cong2 gaai1) ialah sebuah kawasan Pekan Cina yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Kawasan ini juga dikenali secara umum sebagai Pekan Cina Kuala Lumpur. Aktiviti tawar-menawar adalah perkara biasa di sini dan tempat ini kebiasaannya sesak dengan penduduk tempatan serta pelancong.

Kawasan ini mempunyai puluhan restoran dan gerai makanan yang menyajikan hidangan tempatan kegemaran seperti mi Hokkien, ikan bakar, asam laksa dan mi kari. Reggae Bar Chinatown turut terletak di sini.

Peniaga di kawasan ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina, namun terdapat juga peniaga dari kalangan Melayu dan India